Proses Pengvisualan Masa Hadapan

Salam Sejahtera…
Proses pengvisualan kejayaan sebenarnya agak mudah. Kita hanya perlu pejamkan mata dan lihat matlamat kita sudah tercapai.
Sekiranya satu daripada objektif kamu adalah untuk memiliki rumah di tepi tasik, kamu hanya perlu pejamkan mata dan lihat diri sendiri berjalan ke dalam rumah yang diimpikan itu. Isikan rumah itu dengan semua kelengkapan selengkapnya. Bagaimanakah rumah itu dengan semua kelengkapan selengkapnya. Bagaimanakah rupa rumah itu ? Bagaimanakah landskap rumah itu? Apakah pemandangan di lokasi rumah itu ? Bagaimanakah rupa ruang tamu, dapur, bilik tidur utama, ruang makan, bilik stor ? Bagaimanakah bentuk hiasan dalaman ? Pergilah dari satu bilik ke bilik yang lain dan isikan semua ruang itu dengan kelengkapan dan perhiasannya.
Jadikan imej itu terang dan jelas. Buatlah matlamat yang lain seperti ini juga, sama ada matlamat dalam permainan, keluarga, kewangan peribadi, perhubungan, rasa kasih sayang kita kepada manusia lain. Tulis setiap matlamat dan objektif itu. Kemudian kaji semula, tegaskannya dan lakukan pengvisualan setiap hari.
Kemudian, sebaik sahaja terjaga pada pagi hari, dan setiap malam sebelum masuk tidur, baca senarai matlamat itu dengan kuat. Berhenti sejenak selepas membaca setiap satu matlamat, pejam mata, dan lihat imej matlamat yang sudah tercapai dalam minda. Teruskan membaca matlamat selanjutnya sehingga kesemua matlamat dilihat dalam minda sebagai sudah tercapai dan Berjaya dilaksanakan. Seluruh proses ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit. Bergantung kepada jumlah matlamat yang sudah ditetapkan. Sekiranya kita bertafakur ( solat hajat ), lakukan pengvisualan sebaik sahaja selesai bertafakur. Ketenangan yang sudah dicapai menerusi bertafakur tadi meningkatkan lagi impak ke atas pengvisualan.
Sumber: Buku The Success Principles
Add comment July 8th, 2012

