Posts with the tag 'jika ku boleh ubah dunia download'

Aku Mahu Ubah Dunia

Salam Sejahtera..

Artikel ini saya tujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan kepada diri ini dan kawan-kawan universiti kerana pada masa ini, ilmu teori yang dihadam di universiti berada pada tahap yang tinggi, menyebabkan seolah-olah kita mampu mengubah dunia.

“Aku Mahu Ubah Dunia”

Padahal, sebenarnya untuk mengubahkan dunia,bermula dengan diri sendiri dahulu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ini dibuktikan oleh tokoh-tokoh besar dunia, tidak kira tokoh Islam atau tokoh Barat. Apa- apapun baca cerita atau artikel motivasi ini yang saya tak ingat dari mana saya ambil :)

Ceritanya lebih kurang macam ni, seorang tua yang mengimbas kembali zaman mudanya, dimana pada masa mudanya dia mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, yang dia mampu mengubah dunia padahal ilmu kosong yakin diri je lebih. ( overconfident ). Macam kawan -kawan saya kat universiti ini lah terutama cakap bab politik, padahal baca bukupun malas dan tugasan copy & paste je :)

 

“Semasa aku muda, aku mahu mengubah seluruh dunia.”

Tapi aku sedar, sangat sukar mahu mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku sahaja.

Ketika aku sedari bahawa aku tidak mampu mengubah negaraku, aku mulai berusaha mengubah bandar ku.

Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku.

 

Kini aku semakin tua, aku pun tak mampu mengubah keluargaku.

Aku sedari bahawa satu-satunya yang mampu aku ubah adalah DIRIKU SENDIRI.

Tiba-tiba aku tersedar bahawa bila aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti dapat mengubah keluargaku dan bandarku.

 

Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun mungkin mampu mengubah seluruh dunia ini.”

Tidak ada yang mampu kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tidak mampu kita mengubah diri sendiri sebelum mengenali diri sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add comment July 29th, 2011


About

Iklan Teks

Iklan

Recent Posts

Tip Bulanan

Blogroll

Categories

May 2013
M T W T F S S
« Apr    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Hisyam Resources

Hisyam TV

  • Zikir Penenang Hati
  • Doa selepas Solat
  • Set Minda Kejayaan
  • Ustaz Azhar Idrus   Perkenalan Yang Haram

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.