Perniagaan Francais dan Usahawan Malaysia
July 22nd, 2012

Salah satu kaedah yang lebih praktikal untuk melibatkan diri dalam perniagaan adalah melalui bisnes secara francais. Seseorang yang berminat menjadi usahawan di Malaysia tetapi tidak mempunyai sebarang pengalaman berniaga boleh memilih bermula bisnes secara francais.
Saya ingin berkongsi sedikit tentang statistik perniagaan francais di Amerika Syarikat. Sistem francais di sana sudah lama berkembang dan dipercayai terdapat lebih daripada 750,000 perniagaan francais di sana dengan jumlah tenaga kerja terlibat kira-kira 18 juta orang!
Menurut data daripada International Franchise Associaton (IFA):
- 1 daripada setiap 12 bisnes di A.S adalah dijalankan secara francais.
- Pada tahun 2004, dianggarkan bisnes francais di sana menyumbangkan kira-kira US$1.5 trilion hasil ekonomi.
- Hampir 4 % daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) A.S adalah bisnes francais.
Di Malaysia, sistem perniagaan secara francais pun sudah lebih 2 dekad diperkenalkan. Namun ia masih kurang mendapat perhatian. Pihak kementerian yang berkaitan menyasarkan sekitar 5000 usahawan Malaysia yang akan melibatkan diri dalam perniagaan francais.
Senarai jumlah kelulusan permohonan pendaftaran perniagaan francais di malaysia mengikut sektor sehingga pertengahan tahun lepas.

Entry Filed under: Bisnes


Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed