Cerita Menarik Tentang Dato Fadzilah Kamsah
May 23rd, 2012
Salam Sejahtera..
Sudah lama saya tidak menulis di blog Mohd Hisyam Dot Com ni, maklumlah perlu komitmen kepada perkara lain yang lebih penting lagi
. Pada post kali ini saya ingin berkongsi dengan peminat pembaca blog Mohd Hisyam Dot Com tentang kepentingan kita untuk menyedari bakat terpendam atau bakat semulajadi kita sejak dari awal lagi terutama sejak dibangku sekolah lagi supaya kita dapat pergi lebih jauh dalam bidang tertentu dengan bakat yang kita ada. Cerita ini saya ambil dari sebuah buku motivasi yang bertajuk ” Apa Bakat Saya ? ”
Sehubungan dengan itu Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah adalah salah seorang pakar motivasi yang tersohor di negara kita. Beliau sudah mengendalikan lebih 6,000 kursus bagi agensi kerajaan dan swasta. Ceramah beliau berkisar dan tertumpu pada bidang motivasi, komunikasi, teknik belajar, pembangunan diri dan pelbagai yang lain.
Beliau pernah mewakili sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Kelang dalam pertandingan syarahan. Pada masa itu, menurutnya dia dipilih disebabkan namanya sama dengan nama gurunya iaitu Cikgu Mohd Fadillah. Beliau berjaya memenangi pertandingan itu. Ia seterusnya menjadi titik tolak beliau mula bercakap. Beliau mula menyertai pertandingan syarahan,, debat serta pertandingan pengucapan awam yang lain. Beliau juga menyertai pertandingan sajak dan syair. Beliau mulai sedar yang dirinya mempunyai bakat dalam bidang itu dan seterusnya, meneruskan penglibatan dalam pertandingan syarahan dan debat di sekolah menengah.
Beliau juga terlibat dalam bidang debat dan berbalas pantun ketika belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Beliau tahu yang dirinya tidak berbakat dalam bidang sukan, maka beliau mulai fokus dalam bidang pengucapan awam. Beliau tahu di situlah peluangnya memberi manfaat kepada orang ramai.
Beliau sedar Tuhan menciptanya mungkin bagi menjadi pensyarah ataupun motivator ketika belajar di Universiti Malaya. Ini disebabkan ketika itu, dia mampu memberikan sedikit nasihat dan motivasi kepada rakan-rakannya. Pada masa itu, ramai sahabatnya yang mengalami masalah seperti putus tunang ataupun putus kasih. Beliaulah menjadi tempat mereka mendapatkan rujukan. Kejadian itu seterusnya membuatkan dia terfikir mungkin dia ditakdirkan berjaya dalam bidang komunikasi sebagai motivator ataupun pensyarah.
ps: Jika anda berminat untuk mendapatkan atau membeli Buku Apa Bakat Saya ? anda boleh juga membeli secara online melalui laman web rasmi syarikat PTS.
Entry Filed under: Ispirasi



Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed