Posts filed under 'Santai'

Setiap peristiwa ada waktunya, maka setiap kemenangan ada jadualnya. Ada banyak rahsia yang tersimpan dalam rahim sang waktu sebab waktu adalah kehidupan. Jangan bazir waktu.
Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2013
Hidup di dunia ini singkat. Ia menjadi singkat sekiranya kita sentiasa dalam pertelagahan, kebencian, peperangan dan perbalahan.
Hargailah masa. Jangan membazir dengan berbuat kerja tidak berfaedah terutamanya duduk termenung membiarkan minda fikiran kita menjadi liar.
Like saya di Facebook http://www.facebook.com/MohdHisyamFan
Follow saya di Twitter http://twitter.com/mohdhisyam
Subscribers saya di Youtube http://www.youtube.com/user/hisyamTV
Sekian sahaja untuk kali ini.
Tags: menghargai masa, selamat tahun baru
January 9th, 2013

Kali ini saya kongikan artikel motivasi diri iaitu aktiviti-aktiviti yang dapat membantu saudara meningkatkan keupayaan akal supaya menjadi positif. Semoga ia dapat membantu diri saya dan saudara pembaca blog Mohd Hisyam.Com.
Membaca bahan bacaan yang bercorak ilmiah.
Membaca bahan bacaan yang bercorak ilmiah adalah aktiviti asas ke arah meningkatkan keupayaan berfikir. Dengan mengamalkan budaya membaca bahan ilmiah, ia membantu saudara memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Membaca bahan ilmiah juga meransang pemikiran kerana bagi memahami bahan bercorak ilmiah, saudara perlu ‘memerah otak’ secara maksimum. Apabila aktiviti ini kerap, ia membantu meningkatkan keupayaan akal. Sebaliknya, apabila saudara hanya banyak membaca bahan-bahan picisan ataupun bahan bacaan yang tidak memerlukan pemikiran yang mendalam untuk memahaminya, bukan sahaja membuang masa bahkan tidak membantu meningkatkan kekuatan akal.
Menonton rancangan yang memerlukan saudara berfikir.
Menonton rancangan yang memerlukan saudara berfikir juga membantu meningkatkan keupayaan berfikir. Seperti banyak membaca bahan ilmiah, aktiviti menonton racangan sebegini sentiasa merancang pemikiran dan bukan hanya membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Bagi menonton racangan yang bercorak dokumentari atau rencana sahaja. Rancangan yang bercorak drama ataupun filem juga dapat membantu meningkatkan pemikiran apabila semasa menonton saudara turut berfikir dan tidak membiarkan masa menonton hilang begitu sahaja tanpa memberi sebarang kesan pada saudara.
Mengamalkan budaya berbincang bagi memahami perkara.
Mengamalkan budaya berbincang dapat membantu meningkatkan keupayaan berfikir kerana semasa berbincang, saudara terpaksa berusaha memberi pandangan yang bernas. Tanpa berfikir secara mendalam, idea yang dikemukakan bukan sahaja tidak bernas. Bahkan tidak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dibincangkan. Apabila keadaan ini berterusan dan hasil perbincangan hanya bergantung pada idea orang lain, kemungkinan selepas ini tidak ramai yang suka berbincang dengan saudara. . Berlainan pendapat menunjukkan wujudnya kemajuan pada diri masing-masing.
Menulis secara kreatif sama ada dalam bentuk catatan peribadi ataupun artikel.
Aktiviti ini juga membantu meningkatkan keupayaan berfikir kerana sebelum menulis, sudah tentu saudara perlu berfikir bagi mempersembahkan idea dalam bentuk penulisan. Malahan, biasanya hasil pemikiran yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan memberi peluang pada saudara merujuk kembali hasil kekreatifan saudara pada masa hadapan. Daripada bahan ini juga saudara dapat jadikan panduan supaya sentiasa memperbaiki kekurangan diri.
Mengajar perkara yang sudah dipelajari kepada orang lain.
Aktiviti mengajar orang lain banyak membantu meningkatkan budaya berfikir. Pengalaman penulis yang sering mengajar rakan –rakan semasa di institusi pengajian tinggi dahulu menyebabkan ilmu yang dipelajari beberapa tahun yang lalu masih diingati sehingga hari ini. Aktiviti ini membantu meningkatkan kekuatan pemikiran kerana sebelum mengajar orang lain, persediaan rapi perlu dibuat dan memahami secara mendalam tajuk yang mahu diajar. Persediaan mengajar orang lain juga membuatkan individu itu cuba berfikir secara mendalam cara menjadikan pengajarannya menarik. Sudah tentu amalan sebegini membantu meningkatkan kemahiran berfikir.
Kesimpulannya dengan mengamalkan kelima-lima perkara yang dicadangkan ini penting bagi membantu saudara meransang pemikiran supaya menjadi lebih cergas dan cepat bertindak balas dengan masalah dan isu. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kekuatan hujah dan pandangan saudara supaya menjadi lebih logik dan bernas.
Sumber: Buku Merancang Kejayaan.
Tags: Motivasi Belajar, Motivasi Diri, Motivasi Hidup, Motivasi Santai
March 4th, 2012

Kenapa orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Jika anda meneliti biografi setiap individu yang berjaya dan kaya, salah satu faktor kejayaan mereka adalah dengan meningkatkan pola kejayaan mereka pada kadar yang lebih besar. Contohnya seorang penulis buku kewangan Rich Dad Poor Dad iaitu Robert Kiyosaki.
Beliau pernah menceburi pelbagai bidang bisnes sebelum berjaya menjadi seorang yang pakar dalam bidang hartanah dan semestinya beliau pernah gagal dalam bisnes seperti orang lain juga. Namun, dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman gagal dalam bisnes sebelum ini dan modal yang masih ada, beliau terus konsisten menceburi bidang hartanah.
Beliau bersusah-payah berusaha sehingga sanggup tidur di dalam kereta sendiri kerana beliau yakin bahawa rumah adalah aset yang berharga dan memberikan pulangan yang lumayan. Setelah berjaya membuat pembelian rumah pertama untuk disewakan, beliau seterusnya mengambil langkah dengan membeli rumah yang kedua dan seterusnya. Beliau meningkatkan pola kejayaan ada kepada kejayaan yang lebih besar dengan membeli lebih banyak rumah untuk disewakan. Beliau sentiasa meningkatkan kemahiran dalam bidang ini sehinga menjadi seorang pakar dalam bidang yang diminatinya.
Sebenarnya, Robert Kiyosaki bermula dengan kosong dan setelah beliau mengkaji dan mendapati bidang hartanah mampu membuahkan hasil kejayaan yang sangat hebat maka beliau memberikan komitmen yang tinggi dan menambah pola kejayaan yang lebih besar. Sekarang beliau, turut berada dalam kelompok atau kategori orang kaya semakin kaya.
Tags: bidang hartanah, buku kewangan Rich Dad Poor Dad, orang kaya semakin kaya
February 20th, 2012

Terdapat banyak sebab, kenapa gagal dalam bisnes. Di sini, saya akan kongsikan beberapa sebab kenapa berlaku kegagalan dalam bisnes kepada pembaca blog Mohd Hisyam Dot Com.
1.Tidak Ada Matlamat
Tidak mempunyai matlamat yang jelas yang hendak dicapai dalam bisnes internet. Apakah tahap kepakaran atau keuntungan yang ingin dicapai dalam masa satu, dua atau lima tahun dari sekarang. Sehubungan dengan itu, jika anda belum mulakan untuk meletakkan matlamat, mulakan sekarang dengan meletakkan matlamat. Contohnya mendapat keuntungan RM 700 sebulan dalam masa enam bulan dari sekarang. Anda hendaklah menulis matlamat tersebut diatas kertas dan menampal ditempat yang mudah dan selalu anda lihat seperti ditepi cermin. Hal ini kerana ia dapat member kesan kepada minda separa sedar anda.
2.Kurang Sabar
Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk mendapat keuntungan yang besar dalam bisnes dalam masa yang pendek. Terutamanya kepada usahawan yang baru mula berniaga. Sebenarnya dalam perniagaan, kita perlu melihat keuntungan untuk jangka masa yang panjang. Orang –orang ada mengatakan bahawa “ Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dalu bersenang-senang kemudiaan.
3.Kurang Ilmu
Pelaburan yang terbaik, adalah melabur kepada diri sendiri. Oleh sebab itu, belajar secara konsisten ilmu-ilmu bisnes dengan membeli buku-buku, mendengar video dan audio dan menyertai seminar –seminar yang diadakan di dalam atau luar negara. Selain itu, cuba dekat usahawan –usahawan yang telah Berjaya dalam bidang anda dan jadikan mereka mentor anda.
4.Tidak Fokus
Anda hendaklah membuat pilihan yang betul. Anda perlu memilih bidang perniagaan yang hendak dilakukan bersesuaian dengan diri anda dan fokus dalam bidang tersebut. Bila anda fokus dalam sesuatu bidang, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Setelah anda menjadi pakar dalam bidang tersebut. Anda menjadi rujukan dalam industri anda dan duit akan datang dengan sendiri kepada anda.
5.Bertindak
Setelah anda menulis matlamat dan kertas kerja bisnes anda. Anda perlu bertindak mengikut perancangan yang telah disusun. Selain itu luangkan masa setiap hari untuk memantau bisnes yang anda lakukan. Ia perlu dilakukan dengan konsisten untuk jangka masa yang panjang.
Tags: Gagal Dalam Bisnes, Hisyam, Konsisten
February 17th, 2012
Older Posts