Posts filed under 'Ispirasi'

“I wasn’t a great communicator but communicated great things.” – Ronald Reagan –
Pasti anda pernah melihat bagaimana seorang penjual ubat atau Raja Lelong bercakap ketika mereka berniaga. Kebanyakan daripada kita tertarik pada cara mereka bercakap sehingga tidak sedar masa berlalu. Rata –ratanya mereka tidak pernah mamasuki mana –mana program ucapan awam tetapi mereka tetap boleh bercakap dengan baik dan paling penting, dapat menarik minat orang ramai untuk mendengar dan melihat reaksi mereka.
Ayat yang tepat dan menarik boleh membantu kita mengubah corak kehidupan kita. Bekas Presiden Amerika Syarikat, mendiang Ronald Reagan boleh dijadikan contoh terbaik. Beliau merupakan seorang bekas pelakon yang Berjaya menjawat jawatan Presiden dan dilabelkan sebagai manusia yang hebat dalam komunikasi.
Ketika bertanding bagi jawatan Presiden, ucapannya adalah yang terbaik, jelas dan ringkas. “ Visi saya merangkumi lima perkara; Keluarga, pekerjaan, masyarakat, kebebasan dan keamanan.” Lima perkataan yang mudah, menarik, tidak mengelirukan, tidak berjela-jela dan tidak membosankan.
Bicara anda boleh mencerminkan siapa diri anda, personaliti anda, kehebatan anda, kreativiti anda, komitmen anda dan kepimpinan anda. Pemilihan perkataan dan ayat yang digunakan boleh melonjakkan nama kita atau menenggelamkan kita selama-lamanya.
Dalam organisasi seperti pejabat, jika staf anda merugut tentang masalah yang berlaku, katakan kepada mereka; “ Masalah dan tekanan membawa kemajuan kepada kita. Tanpa masalah, hari ini kita pasti masih menggunakan burung untuk menghantar maklumat ke sana ke mari.” Atau anda boleh katakan kepada mereka; “Setiap kali kita bermasalah, apa yang kita akan perolehi itu, insya-Allah kejayaan.”
Mereka yang kaya-raya hari ini adalah mereka yang sering ‘kelaparan’ di masa lepas. Untuk ke mercu kejayaan, MASALAH adalah kuncinya. Masalah bukanlah jalan mati, tetapi panduan untuk ke lorong kejayaan.
Banyak lagi kata-kata sakti yang boleh mewujudkan gelombang perubahan dalam diri selain mampu menerapkan pemikiran positif dalam menangani permasalahan.
Tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan berjela-jela, cukuplah satu atau dua kata-kata yang menakjubkan, mengharukan, menarik dan membina! Ada pelbagai ayat yang boleh anda pelajari daripada buku –buku, surat khabar mahupun daripada pemimpin –pemimpin dunia ketika mereka berucap.
Gunakan ayat yang bijak supaya anda dipandang sebagai orang yang hebat terutama dalam kerjaya yang berkaitan dengan bisnes, politik dan sewaktu dengannya.
Tags: Ayat power, kemahiran komunikasi, psikologi bahasa
June 18th, 2013

“Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” Stephen Covey.
Salam Sejahtera…
Pada kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang sebuah cerita ringkas yang bertajuk Stephen Covey dan Segelas Air. Untuk pengetahuan anda Stephen Covey merupakan seorang penulis bertaraf best seller dengan buku beliau The Seven Habits of Highly Effective People.
Ceritanya bermula apabila, ketika kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:
“Berapa berat menurut anda segelas air ini?”
Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.
“Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” lanjut Covey.
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.” Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut ” kata Covey.
Ps: Apa pengajaran yang anda dapat dari cerita ringkas tersebut ?
Tags: bebanan tugas, cerpen motivasi, kuliah universiti, pakar motivasi, pengurusan stress, Stephen Covey, The Seven Habits Of Highly Effective People
March 21st, 2013

Hidup adalah pinjaman, dunia adalah tempat singgah, adat orang meminjam akan ingat si pemberi pinjam manakala orang yang menumpang akan ingat masa untuk berangkat pergi.
Orang yang paling untung ialah orang yang sentiasa fikir hari ini lebih baik dari semalam, dan esok akan lebih baik dari hari ini, lantas dia pun bertindak hingga esok itu betul – betul jadi lebih baik lagi buat dia.
Orang yang rugi adalah orang yang sangka hidupnya tidak berguna hari ini, lantas dia tidak berbuat apa-apa, hujungnya esok yang ditempuh pun hambar.
Orang yang lebih rugi ialah orang yang langsung tidak isi hidup dia itu dengan ibadah – ibadah yang wajib dia buat, semalam tidak buat, hari ini tidak buat, esok pun belum tentu nak buat.
Umur kita ini ada kesemakin bertambah, setiap detik mengurang. Ingat, orang yang sentiasa fikir esok akan lebih baik kerana dia akan usahakan yang lebih baik untuk esok dan dia, insya-Allah akan nikmati hasil usaha esok itu dengan redha dan qanaah.
Tags: hari esok lebih baik dari semalam, hidup adalah pinjaman, ingat mati, kaizen
February 26th, 2013

Salam Sejahtera…
Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya. – Keyakinan Diri – Mohd Hisyam
Nota Ringkas Motivasi Diri
- Tahu Tujuan
- Tetapkan Impian atau Matlamat
- Mempunyai Keinginan Yang Kuat
- Tetapkan Haluan Sendiri
- Berani Meneruskan Perjalanan
- Lupakan Masa Silam
Nota Ringkas Kejayaan
1. Hebat
Dalam bekerja jadilah seorang pemimpin yang hebat dan disegani dan bukannya dipimpin.
2. Visi
Kemampuan melihat masa depan bermula dengan perancangan dari sekarang.
3. Percaya
Percaya dengan tindakan anda akan membuahkan hasil.
4. Keinginan
Ingin memikul beban kerja yang lebih besar lagi.
5. Keberanian
Berani berdepan dengan risiko kegagalan.
6. Ketahanan
Tahan dengan dugaan yang mendatang.
7. Keputusan
Bijak dalam membuat keputusan yang membahagiakan orang lain.
8. Ghairah
Darah mengalir dalam badan yang membuak-buak dahagakan kejayaan.
Sekian Sahaja Untuk Kali Ini
Tags: Motivasi Diri, nota motivasi, tip kejayaan
February 5th, 2013
Older Posts