Archive for June, 2012

Kata – Kata Mutiara Dari Jutawan Internet

Kata- kata mutiara yang dapat saya ambil daripada pada Irfan Khairi pada slot akhir bengkel semalam, untuk dijadikan mutiara kata kepada diri ini ialah :

  1. Being honest with all people
  2. Being well discipline
  3. Getting along with others
  4. Having a supportive spouse (husband/wife)
  5. Working harder than most people
  6. Loving my carreer / business
  7. Having strong leadership qualities
  8. Having a very competitive spirit / personality
  9. Being very well organized
  10. Having the ability to sell my ideas / products

Sebenarnya kata-kata mutiara ini adalah satu kajian yang telah dijalankan oleh Dr Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind telah melakukan survey di kalangan beribu-ribu jutawan. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui persamaan antara jutawan-jutawan yang telah berjaya dalam pelbagai bidang masing-masing.

Semoga pada satu hari nanti, ciri-ciri jutawan diatas ada pada saya dan ia menjadi kata-kata mutiara kepada saya dalam menghadapi cabaran dalam mengejar impian untuk berjaya dalam kehidupan ini. Amin..

Add comment June 22nd, 2012

Prinsip Hidup Jackie Chan

“ Kesenangan tidak mungkin datang tanpa kesakitan”- Jackie Chan -

Salam Sejahtera…

Kali ini saya akan berkongsi  dengan anda prinsip hidup Jackie Chan yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan dengan pembaca blog Mohd Hisyam Dot Com dimana  artikel ini saya petik dari sebuah motivasi yang sangat menarik  iaitu Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah yang ditulis oleh pakar motivasi negara kita iaitu Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusuf.

Sehubungan dengan itu, siapa yang tidak kenal Jackie Chan. Semua orang kenal, dari anak kecil, hinggalah yang dewasa. Aksi kelicahannya berkung fu memukau ratusan juta peminat. Filem Rush Hour 2 sahaja berjaya mengutip sebanyak USD200 juta. Itu tidak termasuk banyak lagi filem-filemnya yang bergelar box office !

Tetapi, tahukah anda beliau dilahirkan dalam keluarga yang susah ? Ibu bapanya tidak mempunyai wang membiayai kos pembedahan bersalin, selepas kandungannya hampir mencecah 12 bulan ! Dilahirkan dengan berat 12 paun, beliau digelar dengan nama ‘Pao Pao’ yang bermaksud ‘peluru meriam’ (dia berjaya membuktikan nama jolokannya itu!).

Namun, daripada seorang yang miskin dan tinggal di flat usang, beliau berjaya melakukan perubahan, sehingga menjadi inspirasi kepada jutaan manusia. Bermula daripada berlakon watak sokongan di opera, krew penerbitan, pelagak ngeri, pelakon sampingan, sehinggalah filem pertamanya pada tahun 1980 dengan idea baru yang berlainan daripada idea kung fu Bruce Lee sebelum itu. Sejak daripada itu, dia meneruskan momentum kejayaannya sehingga sekarang.

Antara petua menarik daripada beliau yang saya ingin kongsi adalah beliau pernah berkata, “ Kesengangan tidak mungkin datang tanpa kesakitan. Ketakutan dan kesakitan bukanlah sebab kita memejamkan mata, tetapi peluang bagi kita membukanya dengan lebih luas lagi!” Kita selalu lihat beliau kesakitan apabila membuat lagak ngeri. Kenapa beliau sanggup melakukannya ? Ya, kerana beliau percaya itu adalah sebahagian daripada jalan kejayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add comment June 1st, 2012


About

Iklan Teks

Iklan

Recent Posts

Tip Bulanan

Blogroll

Categories

June 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Hisyam Resources

Hisyam TV

  • Zikir Penenang Hati
  • Doa selepas Solat
  • Set Minda Kejayaan
  • Ustaz Azhar Idrus   Perkenalan Yang Haram

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.