Archive for August, 2011

Jangan Suka Bertangguh

Salam Sejahtera…
Penangguhan dalam melakukan sesuatu kerja sama ada aktiviti belajar ataupun tidak akan memberi kesan negatif kepada seseorang pelajar. Sikap suka bertangguh dalam tindakan seperti membaca dan melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru boleh menyebabkan seseorang pelajar tidak dapat memahami sepenuhnya sesuatu subjek yang dipelajari.

Oleh hal demikian, pelajar mungkin meniru tugasan yang diberikan oleh guru. Sehubungan dengan itu, pelajar akan meniru dalam menyiapkan sesuatu tugasan sebenarnya akan menyukarkan pelajar memahami sesuatu tugasan itu dengan baik.

“Janganlah sesekali menunggu saat akhir untuk menciptakan kejayaan.” ( Hukama )

Pelajar cemerlang sentiasa belajar bermula pada awal tahun ataupun ketika menjelang hari peperiksaan. Proses ulangkaji untuk setiap subjek yang dipelajari pada setiap hari pada hari yang sama atau setiap hujung minggu sekiranya pelajar terlalu sibuk. Maklumat yang sentiasa diulangkan akan lebih mudah difahami dan diingati.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Add comment August 23rd, 2011

Kajian Saintifik Tentang Ketawa

Sigmund Freud, bapa psikologi Barat pula menulis dalam bukunya Wit and Relation to Subconscious Mind, humor dan ketawa sebenarnya membantu  kita melawan ketakutan, marah dan emosi-emosi lain yang mengganggu hati serta minda, yang menjadi penyebab kepada kecelaruan psikosomatik.

Menurut pakar psikiatri, Dr William Fry dalam bukunya yang berjudul Humour and Ageing, ketawa ibarat senaman. Apabila ketawa, otot-otot diaktifkan. Bila berhenti ketawa otot-otot ini berehat. Fry telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk menjalankan kajian mengenai kesan ketawa kepada kesihatan tubuh.

Kesan positif yang diperoleh oleh jantung daripada ketawa selama 20 saat adalah sama seperti berdayung selama tiga minit. Inilah senaman aerobik yang terbaik untuk melegakan tubuh dan mengekalkan kesihatan diri.

Hasil kajian juga menunjukkan ketawa dapat meransangkan keaktifan jantung, membekalkan udara kepada paru-paru dan memberi tenaga kepada otak. Lebih daripada itu, ketawa mendorong dan menggalakkan kita supaya mempunyai pandangan hidup yang positif.

Di samping itu, ketawa juga dapat meredakan ketegangan otot. Ketegangan otot boleh menyebabkan kesakitan seperti atritis, radang sendi dan sakit kepala. Justeru, ketawa akan dapat melegakan segala ketegangan itu, dan ia sering digunakan oleh sebilangan doctor sebagai terapi untuk mengurangkan kesakitan mereka yang menghadapi penyakit tersebut.

Selain itu, kajian saintifik turut menjelaskan bahawa ketawa juga dapat menyegar dan meransang jantung serta sistem saraf. Ketawa memberi kesan kepada seluruh organ dalam badan. Ini kerana apabila ketawa tubuh akan mengeluarkan hormon-hormon yang meransang dan menguatkan jantung.

Sementara itu, Dr Andrew Weil dalam kajian sebagaimana yang dilaporkan oleh British Journal Of General Practitioners menukilkan bahawa dengan ketawa, tekanan perasaan akan menurun, kalori dibakar dan sistem tubuh ‘dimudahkan’ semula.

Dr Robert Provine, seorang lagi pakar perubatan yang membuat kajian tentang ketawa pula menjelaskan, ketawa akan meningkatkan denyutan nadi dan mempercepatkan pernafasan. Aktiviti mudah ini tanpa kita sedari telah meningkatkan jumlah bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam badan. Tahukah anda, dengan ketawa kita menyedut lebih banyak oksigen yang seterusnya berkitar lebih bebas dalam darah yang mengalir ke seluruh tubuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add comment August 5th, 2011


About

Iklan Teks

Iklan

Recent Posts

Tip Bulanan

Blogroll

Categories

August 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Hisyam Resources

Hisyam TV

  • Zikir Penenang Hati
  • Doa selepas Solat
  • Set Minda Kejayaan
  • Ustaz Azhar Idrus   Perkenalan Yang Haram

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.