Apabila memulakan perniagaan internet, kita perlu mempunyai akaun bank secara online bagi proses urusniaga. Ini bertujuan memudahkan kita membuat transaksi dengan pembeli di internet. Ia pantas, mudah dan senang. Memiliki akaun perbankan internet merupakan satu keperluan kepada usahawan internet. Hal ini kerana untuk memudahkan kita menerima bayaran daripada pembeli.
Dengan adanya perbankan internet ia mempercepatkan proses bisnes kita. Hal ini kerana kita boleh semak secara online sama ada duit yang dimasukkan oleh pembeli sudah diterima atau tidak. Selain itu kita tidak perlu ke bank bagi menyemak baki. Apabila wang diterima dari pembeli, kita boleh terus menghantar produk kepada pembeli tersebut.
Langkah membuka akaun bank online:
Pergi ke bank berkenaan sepertiMaybank2u, CIMB, ataupun Bank Islam bagi membuka akaun. Selepas membuka akaun, maklumkan kepada pegawai bank bertugas yang kita ingin membuka akaun online. Pegawai itu akan menolong kita mendaftarkan akaun online di mesin ATM bagi mendaftar nombor telefon bimbit serta emel. Buka laman web bank itu bagi urusan daftar masuk. Ikut arahan seterusnya dan kita sudah boleh menggunakan akaun online itu.
Langkah membuat bayaran secara online Di Maybank2u:
Pergi ke laman web bank online dan daftar masuk. Klik pada perkataan ‘transfer’. Kemudian pilih ‘3 party transter’ dan isikan butiran yang diminta. Kod keselamatan atau nombor TAC bagi transaksi online akan dihantar ke telefon bimbit yang sudah kita daftarkan sebelum ini bagi membuat pengesahan secara online. Masukkan nombor TAC itu pada ruangan yang disediakan. Pembayaran selesai. Sebaik-baiknya cetak transaksi pembayaran itu bagi rujukan dan rekod pada masa hadapan.
Tags: Perniagaan Internet
March 28th, 2010

Nama domain diibaratkan seperti nama sebuah kedai di mana hanya nama tersebut dikhususkan kepada kedai itu sahaja. Nama domain adalah bersifat UNIK. Tiada nama laman web yang mempunyai nama domain yang sama antara satu sama lain. Apabila anda telah membeli satu-satu nama domain maka orang lain tidak lagi dapat menggunakan nama itu kecuali anda. Contohnya jika anda membeli nama domain www.mohdhisyam.com, dengan itu orang lain tidak lagi boleh membeli lagi nama domain tersebut.
Memilih nama domain yang pendek adalah faktor penting dalam pembelian nama domain kerana ia senang dan mudah diingat. Sehubungan dengan itu, nama domain yang pendek dan senang diingat menyebabkan kebarangkalian untuk pelanggan datang kembali laman web anda adalah lebih tinggi.
Jika anda memilih untuk untuk menjual buku secara online, nama laman web yang sesuai untuk anda ialah bukuonline.com dan bukannya perniagaaanbukuonlinesaya dot com. Ini kerana jika nama domain terlalu panjang akan menyebabkan kebarangkalian untuk pengunjung membuat kesilapan eja akan berlaku. Selain itu, jika nama domain yang anda ingin beli telah digunakan anda perlulah memilih nama domain yang paling hampir dengan nama perniagaan anda.
Seterusnya bagaimana untuk memilih webhosting. Pemilihan web hosting mungkin satu perkara yang sangat subjektif kerana terlalu banyak tawaran yang disediakan oleh penyedia-penyedia web hosting tidak kira dari segi harga, saiz ruang web dan khidmat support dan sebagainya. Ia juga bergantung kepada jenis penggunaan laman web anda. Jika laman web anda memerlukan pelanggan perlu download seperti ebook atau video dalam kuantiti yang banyak maka anda perlu memilh pakej web hosting yang besar.
Bagi menjalankan perniagaan internet dalam negara, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penyedia webhosting tempatan, dibawah ini disenaraikan beberapa laman web yang mempunyai reputasi tinggi dan menerima respon yang baik dari pelanggan mereka.
www.sempoihosting.com
www.netkl.com
www.ecommercemastery.com
www.namsahaz.com
www.planhoster.com
Tags: Perniagaan Internet
March 1st, 2010