Archive for February, 2010

Membina Laman Web


Untuk melakukan perniagaan internet, kita perlu mempunyai laman web sendiri. Mungkin ramai orang di luar sana yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu untuk membina laman web sendiri. Hal ini merupakan alasan utama, kenapa ramai orang tidak melibatkankan diri dengan perniagaan internet.

Menurut Irfan Khairi, kita tidak semestinya perlu membina sendiri laman web kita tetapi boleh mengupah orang lain untuk membina laman web untuk kita. Contohnya, jika kita ingin berniaga burger, tidak semestinya kita sendiri yang membina gerai burger itu, sebaliknya kita boleh mengupah orang lain membina gerai burger untuk kita.

Sehubungan dengan itu, anda boleh mengupah syarikat untuk membina laman web untuk anda. Pada masa sekarang, ramai web master yang menawarkan perkhidmatan untuk membina laman web dengan harga yang rendah iaitu kurang daripada RM1000. Untuk menjimatkan kos membina laman web, anda boleh mengupah student IPT kerana ramai antara mereka yang tahu membina laman web, dengan itu kita dapat menjimatkan sedikit wang untuk membina laman web kita.

Pada entry yang akan datang, kita akan membincangkan  tentang  nama domain dan hosting.

P/S: Dalam perniagaan internet di negara kita, ada  “Otai Besar”  dalam perniagaan internet masih bergelar student IPT.

Add comment February 27th, 2010

Produk Fizikal atau Produk Digital

Terdapat dua jenis produk popular yang dijual di internet iaitu produk fizikal dan produk digital. Kebanyakkan usahawan internet di negara kita lebih gemar menjual produk digital.Hal ini kerana produk digital mempunyai margin keuntungan yang lebih tinggi daripada produk fizikal.

Walaubagaimanapun pada pemerhatian saya, tidak kira seseorang usahawan internet  itu memilih untuk menjual produk fizikal atau digital, kita perlu memberikan 100% komitmen  kepada usaha yang dilakukan barulah pengorbanan yang dicurahkan  dalam perniagaan itu akan membawa hasil yang lumayan kepada seseorang usahawan tersebut.

Terdapat perbezaan ketara antara produk fizikal dan produk digital. Secara umumnya  produk fizikal adalah produk yang boleh kita beli dan pegang seperti barang-barang di supermarket . Antara produk fizikal yang popular dijual diinternet pada masa kini ialah buku, hardware computer, kain tudung, dan baju. Menurut Dr Irfan Khairi semasa beliau belajar diluar negara , untuk membeli makanan keperluan harian pun menggunakan internet. Oleh itu peluang perniagaan internet untuk produk fizikal di Malaysia masih terbuka luas untuk di diterokai.

Sehubungan dengan itu, produk digital pula adalah produk yang kita beli yang tidak boleh dipegang tetapi berguna pada kita contohnya ebook, gambar, video lagu, theme dan software.Kebanyakan usahawan internet di negara kita berminat untuk menjual produk digital kerana, ia dapat dijual secara automatik. Setelah pelanggan membeli dan membuat pengesahan pembayaran produk digital tersebut, kita hanya perlu menghantar emel untuk memberi tahu  laman download produk. Potensi bagi membuat jualan setiap hari selepas mempromosikan kepada pengguna internet adalah sangat tinggi.

Walaubagaimanapun, tidak semua produk yang kita jual di internet akan dibeli oleh pelanggan. Oleh itu kita perlu membuat sedikit penyelidikan dalam pasaran, apakah produk-produk yang mendapat permintaan dalam pasaran internet. Kita boleh mendapat maklumat tersebut dengan menyertai forum di internet, membaca blog, menghadiri seminar perniagaan internet dan sebagainya.

Add comment February 24th, 2010

Mengenal Pasti Pasaran

Untuk menjalankan perniagaan internet anda hendaklah mengenalpasti “target market” atau pasaran sasaran anda. Adakah anda inginkan target market dalam negara atau luar negara. Oleh itu anda perlu menjalankan sedikit kajian untuk menentukan siapa bakal pelanggan anda.

Anda perlu melakukan sedikit kajian untuk mengetahui permintaan dan penawaran untuk perniagaan internet anda. Siapa bakal pesaing dan siapa yang bakal membeli produk yang anda tawarkan dalam perniagaan yang anda lakukan.

Dalam perniagaan internet, kajian pasaran biasanya tertumpu kepada maklumat Search Engine (enjin carian). Ia adalah alat utama yang digunakan oleh pengguna internet untuk mencari maklumat atau produk yang mereka mahukan.

Antara enjin carian yang popular ialah google.com, dan yahoo.com. Anda boleh mendapatkan sedikit panduan dengan menggunakan perkhidmatan laman web tertentu, dan ia berfungsi untuk mengetahui apa yang dicari oleh pengguna. Alat yang selalu digunakan ialah Overture. Lain-lain alat yang boleh digunakan ialah Nichebot dan Goodkeywords.

Anda perlu memasukkan satu kata carian dan anda akan diberi beberapa patah kata yang sering dicari oleh orang di internet. Carian ini adalah anggaran semata-mata dan tidak termasuk carian yang dibuat di Google dan lain-lain enjin carian. Contohnya jika anda masukkan kata carian “perniagaan dan motivasi ”. Anda akan mendapat hasilnya nanti.

Add comment February 11th, 2010

Apakah Program Affiliate

Salam semua…

Kali ni kita berbincang tentang program Affiliate. Sebenarnya dengan menyertai program affiliate kita bertindak sebagai jurujual dan seterusnya akan mendapat komisen daripadanya hasih jualan yang dibeli oleh pelanggan melalui laman web kita.

Affiliate adalah program menjana pendapatan tanpa menghasilkan produk . Komisen dibayar oleh pihak yang memiliki produk. Contohnya, saya mempunyai satu produk affiliate bagi meminta anda menjual produk itu. Produk itu berharga RM 100. Setiap jualan yang anda lakukan akan menerima RM 50 sebagai komisen.

Kita boleh memilih sebanyak mana program yang ingin disertai serta produk yang ingin dijual kepada bakal pelanggan. Kita tidak perlu berjumpa dengan pelanggan. Kita juga tidak perlu menyimpan stok bagi produk yang kita ingin jual.

Kita hanya perlu melakukan promosi dan jualan dari rumah tanpa berkejar-kejar mencari pelanggan. Program ini juga sesuai bagi suri rumah tangga dan student IPT yang berminat menambahkan pendapatan tetapi tidak mahu mengganggu aktiviti harian.

Dalam dunia internet, terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai dengan mudah bagi menjana pendapatan secepat mungkin. Setiap program mempunyai kaedah tersendiri dalam pembayaran komisen kepada peserta affiliate.

Sekian saja untuk kali ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add comment February 7th, 2010

Older Posts


About

Iklan Teks

Iklan

Recent Posts

Tip Bulanan

Blogroll

Categories

February 2010
M T W T F S S
    Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Hisyam Resources

Hisyam TV

  • Zikir Penenang Hati
  • Doa selepas Solat
  • Set Minda Kejayaan
  • Ustaz Azhar Idrus   Perkenalan Yang Haram

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.