Kepentingan Menggunakan Ayat Bermagnet

Magnet

“I wasn’t a great communicator but communicated great things.” – Ronald Reagan –

Pasti anda pernah melihat bagaimana seorang penjual ubat atau Raja Lelong bercakap ketika mereka berniaga. Kebanyakan daripada kita tertarik pada cara mereka bercakap sehingga tidak sedar masa berlalu. Rata –ratanya mereka tidak pernah mamasuki mana –mana program ucapan awam tetapi  mereka tetap boleh bercakap dengan baik dan paling penting, dapat menarik minat orang ramai untuk mendengar dan melihat reaksi mereka.

Ayat yang tepat dan menarik boleh membantu kita mengubah corak kehidupan kita. Bekas Presiden Amerika Syarikat, mendiang Ronald Reagan boleh dijadikan contoh terbaik. Beliau merupakan seorang bekas pelakon yang Berjaya menjawat jawatan Presiden dan dilabelkan sebagai manusia yang hebat dalam komunikasi.

Ketika bertanding bagi jawatan Presiden, ucapannya adalah yang terbaik, jelas dan ringkas. “ Visi saya merangkumi lima perkara; Keluarga, pekerjaan, masyarakat, kebebasan dan keamanan.” Lima perkataan yang mudah, menarik, tidak mengelirukan, tidak berjela-jela dan tidak membosankan.

Bicara anda boleh mencerminkan siapa diri anda, personaliti anda, kehebatan anda, kreativiti anda, komitmen anda dan kepimpinan anda. Pemilihan perkataan dan ayat yang digunakan boleh melonjakkan nama kita atau menenggelamkan kita selama-lamanya. (more…)

Add comment June 18th, 2013

Kuasa Networking Dalam Perniagaan Internet

kuasa networking dalam perniagaan internet

Ramai yang menyangka networking adalah sekadar bercampur di kalangan mereka yang mempunyai minat yang sama untuk saling bertukar idea. Namun sebenarnya, konsep networking ini adalah lebih luas. Sebagai seorang usahawan internet, anda haruslah bijak untuk mengambil peluang membina jaringan networking sebagai usaha menggandakan lagi pendapatan.

Bagaimana Melakukan Networking ?

1. Mendapatkan produk yang dijual oleh pakar – ini adalah langkah paling mudah namun amat penting terutamanya sekiranya anda baru memulakan perniagaan internet. Dengan mendapatkan produk yang dijual oleh seseorang pakar, anda sebenarnya mula mendapat perhatian daripada pakar tersebut. Mungkin anda mempunyai persoalan tambahan, atau komentar membina untuk memulakan diskusi dengan pakar.

2. Kuasa media sosial untuk networking – terdapat pelbagai platform media sosial di luar sana, seperti Facebook, Google+, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi yang kebanyakannya percuma untuk anda sertai. Anda boleh menambah rakan mengikuti rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, dan berdiskusi dari semasa ke semasa bagi tujuan networking.

3. Menghadiri bengkel, seminar atau program – selain itu, anda juga perlu peka untuk mengikuti perkembangan sebarang bengkel, seminar atau program yang dianjurkan di sekitar kawasan anda. Lazimnya, program-program sebegini berupayamenarik minat ramai peserta yang kemungkinan besar mempunyai minat yang sama seperti anda.

4. Menyertai kumpulan yang mempunyai minat yang sama – akhir sekali, anda boleh menyertai mana-mana kumpulan masyarakat di kawasan kejiranan anda yang mempromosi minat yang sama. Sudah tentu anda boleh sentiasa berinteraksi sesama ahli yang lain dalam usaha untuk terus mengembangkan perniagaan internet anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat kepercayaan dan penjenamaan yang baik di kalangan ahli kumpulan yang lain. (more…)

1 comment May 20th, 2013

Strategi Penetapan Harga Untuk Produk Digital

strategi harga

Baiklah, anda sudah berjaya menghasilkan produk digital anda sendiri. Setelah bertungkus lumus selama beberapa bulan membuat kajian, menyiapkan produk tersebut, meminta bantuan dan komen konstruktif rakan-rakan di dalam jaringan kenalan anda, kini tibalah masanya untuk mula menjual.

Tunggu dulu!

Bagaimana dengan harga? Anda perlu menetapkan harga jualan untuk produk digital tersebut terlebih dahulu.

Sudah tentu anda tidak mahu melakukan kesilapan dengan meletakkan harga yang terlalu tinggi, ia pasti menyebabkan orang tidak mahu membeli dek kerana harganya yang mahal. Dan anda juga tidak mahu tersilap meletakkan harga yang terlalu rendah, ia pasti menyebabkan terlalu ramai yang berminat mendapatkannya dan langsung menjatuhkan nilai produk digital anda.

Jadi bagaimanakah mengelak daripada melakukan kesilapan yang disebutkan tadi? Jom kita lihat beberapa tip untuk menetapkan harga yang sesuai untuk produk digital.

1. Berapa Banyak Usaha yang Anda Laburkan

Sekiranya anda sangkakan jumlah usaha yang telah dilaburkan untuk menyiapkan produk digital tersebut adalah satu faktor penentu bagi harga jualan sesebuah produk digital, anda mungkin tersilap. Ini adalah kerana pelanggan tidak pedulikan berapa banyak usaha yang anda laburkan, mereka cuma inginkan sesuatu produk yang memenuhi keperluan mereka ataupun menyelesaikan masalah mereka.

Namun ini tidak bermaksud usaha anda cuma sia-sia. Apa yang penting adalah anda perlu sesuaikan jumlah usaha yang diberikan terhadap sesebuah produk digital supaya benar-benar memenuhi permintaan atau keperluan pelanggan. Lebih unik permintaan atau keperluan pelanggan, mungkin lebih banyak usaha anda boleh laburkan untuk menyiapkan produk tersebut, lantas lebih tinggi nilai produk tadi di mata pelanggan. (more…)

Add comment April 21st, 2013

Strategi Perkhidmatan Personal Coaching

personal coaching

“Cara paling mudah untuk berjaya di Internet adalah dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru. Saya mengikuti jejak langkah jutawan-jutawan di Internet di seluruh dunia…oleh sebab itulah saya berjaya!” – Irfan Khairi

Terdapat pelbagai model bisnes internet di luar sana. Setiap satunya mempunyai potensi untuk menjana wang besar bagi seseorang usahawan internet. Salah satu model bisnes yang semakin popular adalah dengan menawarkan personal coaching untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Kelebihan Personal Coaching

Pertama, personal coaching membolehkan perkongsian ilmu secara fokus kepada individu atau sekumpulan kecil individu. Ini sudah tentu antara daya penarik untuk mendapatkan pelanggan kerana coaching tersebut akan fokus kepada situasi atau masalah mereka, dan bukannya diskusi umum.

Kedua, masa, tempat dan peraturan personal coaching adalah fleksibel kerana ia melibatkan seorang trainer dan kumpulan kecil individu. Sebagai seorang trainer, anda akan dilihat sebagai seorang yang prihatin kerana mempertimbangkan permintaan pelanggan pada masa dan tempat yang mereka inginkan.

Dan ketiga, anda boleh menetapkan sendiri harga untuk sesuatu sesi atau siri personal coaching berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda. Dengan melakukan promosi yang efektif, anda berpotensi menjadi seorang trainer yang disegani dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan anda.

Baiklah, jadi bagaimana memulakan personal coaching bagi seseorang usahawan internet?

1. Pilih Kepakaran yang Tertentu – Demand, Client Pays

Pertama sekali, sudah tentu anda perlu memilih bidang kepakaran yang anda ingin fokus mengajar. Apa yang anda boleh lakukan adalah untuk menulis di atas sekeping kertas ataupun buku nota, apakah kemahiran atau kepakaran diri yang mampu anda ajarkan orang lain. Sebagai contoh, anda telah kehilangan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa dua bulan. Anda boleh tawarkan personal coaching untuk penurunan berat badan secara sihat. Ataupun sekiranya anda pernah pokai pada satu masa dahulu, kemudian anda terjumpa satu lubuk wang yang menjana sejumlah wang yang lumayan dalam tempoh yang singkat. Anda pernah mencubanya dan ia terbukti berkesan. Dalam situasi ini, anda boleh tawarkan personal coaching untuk kaedah efektif penurunan berat badan cara selamat. (more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add comment April 16th, 2013

Older Posts


About

Iklan Teks

Iklan

Recent Posts

Tip Bulanan

Blogroll

Categories

June 2013
M T W T F S S
« May    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Hisyam Resources

Hisyam TV

  • Zikir Penenang Hati
  • Doa selepas Solat
  • Set Minda Kejayaan
  • Ustaz Azhar Idrus   Perkenalan Yang Haram

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.